Wednesday 9 November 2011

Ragam Manusia

Tiba-tiba rasa nak meluahkan pendapat tentang ragam manusia sekeliling. Peel (ehhh, betol ker aku eja) macam-macam. Yang pelik-pelik pun ada sampai boleh terfikir 'orang macam nie pun ada kerrrrr'. Daripada pengalaman saya, saya dah jumpa macam-macam perangai orang dari zaman saya tadika (kuat ingatan kau boleh ingat) sampai ke zaman saya bekerja sekarang. Saya nie jenis pulak kalau dah tak berkenan ngan perangai orang tue mula lah saya buat tak tau jee ngan manusia-manusia tue. Rasa hati begitu nak buat macam mana kan tak pandai nak hipokrit, depan-depan macam kau lah paling aku sayang kau lah paling aku suka belakang dia nauzubillah kau kutuk dia.....ohhhhh nadia tak pandai nak jadi macam tue. Ramai jugak kawan-kawan saya terasa ngan saya bila saya dah mula buat tak tau ngan mereka, abis yang hangpa semua dok pakat buat perangai pelik-pelik kat aku pasai apa? kesempatan nie saya mohon maaf kat semua-semua yea hati saya tak pandai nak menipu, bukan lah bermaksud saya nie baik sangat tapi tah lah dah peel saya macam tue kan nak buat lagu mana (burok jugak perangai ko). Nie bukan contoh yang baik okay, sila jangan ikut peel ini.

Sekarang berhadapan pulak dengan perangai orang yang macam bagus yang macam pandai sangat buat keja macam dia lah yang rajin dan terbaik tapi hmmmmmmm ke laut jugak. Sikap begini kalau tak memberi kesan pada orang sekeliling anda takpe jugak tapi nie menyusahkan orang....hampeh betol.....Apa yang orang lain buat semua tak kena, bila orang lain buat salah abis kecoh satu dunia macam besor noo kesalahan dia tapi kalau geng-geng dia yang buat salah tak pun dia sendiri yang yang buat salah selagi boleh sorok dalm kocek kau pun kau nak sorok supaya orang tak tau dan orang tak nampak kau buat salah. Burok kan perangai???

Dah lah penat pulak nak citer pasal perangai orang macam-macam nie. Kalau dok terus taip sampai esok belum tentu abis citer kang keja aku pulak yang tak siap (nie perangai burok jugak, jangan tiru!tengah keja sibuk pulak nak buat citer kat blog). Sebagai kesimpulan, kiter tak perlu nak jadi terlampau baik sebab fitrah manusia tue sendiri tiada yang sempurna tapi cuba menjadi terbaik dengan tidak menyusahkan orang sekeliling kita dengan perangai tak baik kita nanti orang dok sumpah seranah kita ari-ari dah jadi doa pulak nanti (peringatan untuk diri sendiri).

Sekian ceramah dari ustazah nadia....ehhhhhhh?

No comments:

Post a Comment