Monday 31 October 2011

Fixie

Selamat hari Selasa Malaysia.........
Kiter nak bercerita pasal itu fixie punya basikal. Sesiapa ada yang berminat ngan fixie boleh lah kawan dengan pakcik dowks yang tengah dok gilerkan fixie, ape yang best pun tak tau lah sibuk aje ngan basikal fixie nya tue.
Meh kiter tengok ape yang menarik nya pasal ini fixie.
  1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
  2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
  4. Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
  8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  10. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebioh “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.


           Dah mcm tadika daaaaaa aku tgk

          Colourful

          Siap ada geng tueeeeeee

Basikal macam nie pun harga dari ratusan ke riban2. Guna nya time tengah musim jee lah pastue dah abis musim tersadai lah basikal tue jadi barang pameran kannnnn. Nanti kalau masa2 kemiskinan muncul boleh ker dijual balik kat kedai basikal tue? -saya nak jual dua kali ganda dari harga saya beli, boleh tak?? boleh tak??-


Tapi bila diteliti balik fixie nie comel pulak kan. Riang-ria jee basikal nya.
Nak jugak kayuh ari-ari boleh kurus nanti. Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuu.............
-Ada bran ker kau nadia-

No comments:

Post a Comment