Wednesday 9 November 2011

Ragam Manusia

Tiba-tiba rasa nak meluahkan pendapat tentang ragam manusia sekeliling. Peel (ehhh, betol ker aku eja) macam-macam. Yang pelik-pelik pun ada sampai boleh terfikir 'orang macam nie pun ada kerrrrr'. Daripada pengalaman saya, saya dah jumpa macam-macam perangai orang dari zaman saya tadika (kuat ingatan kau boleh ingat) sampai ke zaman saya bekerja sekarang. Saya nie jenis pulak kalau dah tak berkenan ngan perangai orang tue mula lah saya buat tak tau jee ngan manusia-manusia tue. Rasa hati begitu nak buat macam mana kan tak pandai nak hipokrit, depan-depan macam kau lah paling aku sayang kau lah paling aku suka belakang dia nauzubillah kau kutuk dia.....ohhhhh nadia tak pandai nak jadi macam tue. Ramai jugak kawan-kawan saya terasa ngan saya bila saya dah mula buat tak tau ngan mereka, abis yang hangpa semua dok pakat buat perangai pelik-pelik kat aku pasai apa? kesempatan nie saya mohon maaf kat semua-semua yea hati saya tak pandai nak menipu, bukan lah bermaksud saya nie baik sangat tapi tah lah dah peel saya macam tue kan nak buat lagu mana (burok jugak perangai ko). Nie bukan contoh yang baik okay, sila jangan ikut peel ini.

Sekarang berhadapan pulak dengan perangai orang yang macam bagus yang macam pandai sangat buat keja macam dia lah yang rajin dan terbaik tapi hmmmmmmm ke laut jugak. Sikap begini kalau tak memberi kesan pada orang sekeliling anda takpe jugak tapi nie menyusahkan orang....hampeh betol.....Apa yang orang lain buat semua tak kena, bila orang lain buat salah abis kecoh satu dunia macam besor noo kesalahan dia tapi kalau geng-geng dia yang buat salah tak pun dia sendiri yang yang buat salah selagi boleh sorok dalm kocek kau pun kau nak sorok supaya orang tak tau dan orang tak nampak kau buat salah. Burok kan perangai???

Dah lah penat pulak nak citer pasal perangai orang macam-macam nie. Kalau dok terus taip sampai esok belum tentu abis citer kang keja aku pulak yang tak siap (nie perangai burok jugak, jangan tiru!tengah keja sibuk pulak nak buat citer kat blog). Sebagai kesimpulan, kiter tak perlu nak jadi terlampau baik sebab fitrah manusia tue sendiri tiada yang sempurna tapi cuba menjadi terbaik dengan tidak menyusahkan orang sekeliling kita dengan perangai tak baik kita nanti orang dok sumpah seranah kita ari-ari dah jadi doa pulak nanti (peringatan untuk diri sendiri).

Sekian ceramah dari ustazah nadia....ehhhhhhh?

Monday 31 October 2011

Fixie

Selamat hari Selasa Malaysia.........
Kiter nak bercerita pasal itu fixie punya basikal. Sesiapa ada yang berminat ngan fixie boleh lah kawan dengan pakcik dowks yang tengah dok gilerkan fixie, ape yang best pun tak tau lah sibuk aje ngan basikal fixie nya tue.
Meh kiter tengok ape yang menarik nya pasal ini fixie.
  1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
  2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
  4. Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
  8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  10. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebioh “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.


           Dah mcm tadika daaaaaa aku tgk

          Colourful

          Siap ada geng tueeeeeee

Basikal macam nie pun harga dari ratusan ke riban2. Guna nya time tengah musim jee lah pastue dah abis musim tersadai lah basikal tue jadi barang pameran kannnnn. Nanti kalau masa2 kemiskinan muncul boleh ker dijual balik kat kedai basikal tue? -saya nak jual dua kali ganda dari harga saya beli, boleh tak?? boleh tak??-


Tapi bila diteliti balik fixie nie comel pulak kan. Riang-ria jee basikal nya.
Nak jugak kayuh ari-ari boleh kurus nanti. Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuu.............
-Ada bran ker kau nadia-

Sunday 30 October 2011

Terpengaruh

Assalamualikum pembuka bicara........sila jawab sekalian semua.....rasa seperti 'betol ker aku nak tulis blog nie rajin ker ang nadia oiiiii', 'ada ker citer yang ang nak taip kat sini cik kak oiiii' Hantam saja laaaaa buuuuuuu.Nie semua gara-gara terpengaruh dengan blog2 femes yg dok dibaca ari2 tanpa lah rasa jemu di hati. MODEL 80AN,Hanis Zalikha (anak beranak 2 org nie), Kasih Aleeya & Kasih Amani, mumy yg rugged, sepet si penjual beg, Elia : Short & Sweet bakal model terkenal mudah-mudahan dan bnyk lg blogger2 terkenal yang selalu dibaca blog nya oleh saya. Minta lalu blogger2 semua saya ingin menyelit antara kamu2 semua. Boleh kan.......???? -padehal takde org ambik peduli pun perasan sendiri jee lah kau nadia- 

Sekadar memperkenalkan diri

      Bajet cover majalah tapi berkerut2 muka


Nanti-nanti kiter  kenal kan diri lagi yeaaaaa. -ade ker org nak kenal masalahnya- Kenal kan diri tuk diri sendiri okay lah tue kan??????