Monday 5 March 2012

Nenek Berceloteh Petua Orang Dolu-dolu

Mari kita berkongsi petua hari ini. Petua orang dolu-dolu nie ada masa kang berkesan tapi yang penting kita kena yakin lah nak mencuba yeee dakkkk????

Petua pertama, macam mana nak hilangkan daki. Bahan nya adalah pucuk jambu batu dan limau purut. Ramaskan pucuk jambu batu dengan sedikit air dan gosok kan lah ke seluruh anggota tubuh badan anda-anda sekalian. Kemudian perahkan limau purut ke dalam sebaldi air dan bilas lah badan dengan air tersebut. Sambil-sambil buang daki badan pun jadi harum wangi semerbak.
Satu lagi kegunaan pucuk jambu batu, dia jugak boleh hilangkan bau badan. Gosok kan jee bawah lengan tue, (ketiak memasing lah kan), amalkan seminggu dua kali pun okay, Insya Allah takde bau badan dah.
Banyak pulak fungsi pucuk daun jambu batu nie. Nie nak bagi badan lagsing pulak. Pucuk daun jambu batu nie hiris halus-halus pastu keringkan dia. Dalam umah pun boleh tak usah dok jemur bawah matahari nanti jadi rangup lak nanti. Dah kering tak brapa nak kering tue nanti, kata jemur dalam umah kan, simpan dalam bekas kedap udara. Cara-cara nak bagi langsing nya adalah sediakan satu cawan air panas dan rendamkan satu sudu pucuk kering tadi TANPA gula yeaa puan-puan. Minum setiap pagi yaaa puan-puan sebelum sarapan yaaa puan-puan. Berguna untuk buang toksin dalam badan yaaa puan-puan.

Wajah cerah gebu idaman wanita. Pisang masak bukan saja sedap dimakan tapi berguna juga untuk dijadikan skrub kat muka kita. Ambik sebiji pisang masak lepas tue masukkan dalam blender campurkan dengan sedikit madu dan sedikit air blend kan mereka semua. Kendian nya boleh lah disapukan pada wajah jelita anda untuk ditambahkan jelitanya biarkan hingga kering. Seeloknya amalkan dua kali seminggu dan lihat lah hasilnya nanti. Wajah putih, cerah ,gebu, dan berfungsi mengurangkan kedutan.

Untuk wajah yang tegang tanpa modal yang mahal. Rumah masing-masing mesti ada gula kan, hangpa ambik sesenduk gula tue pastu hangpa campurkan dengan air suam, kacau-kacau pelan-pelan jangan bagi sampai gula tue cair, terus lumur kat muka hangpa melekit sikit ar kan pastu biar jee gula tue kat muka lebih kurang 20 ke 30 minit, baik-baik naaaaaa jangan sampai semut hurung sudah. Anda akan rasa ketegangan muka anda selepas itu.


Cukup-cukup lah yeaaaa untuk kali ini. Nanti bila nenek free lagi nenek bongkar kan lagi rahsia petua orang dolu-dolu yeaaaa. Ponek dah jari-jari nenek nie nak menaip. Nenek chow dulu yeaaa geng. Byoeeeeeeeeeee.....


No comments:

Post a Comment